Saturday, 12 November 2016

PETA PULAU LANGKAWI





MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN DI PULAU LANGKAWI

As Siyahi Sdn Bhd

Agensi Perjalanan · Kampung Perana
Alamat: Kampung Perana, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Masa Dibuka: 8:00PG–12:00PG




HONEYZONE TRAVEL & TOURS SDN BHD 
Agensi Perjalanan · LANGKAWI
Alamat: NO2 MELATI TANJUNG WALK, LANGKAWI, 07000 pantai chenang, Kedah, Malaysia
Telefon:+60 12-590 773




Eylizar Homestay Langkawi 

Perkhidmatan Pajakan Kereta · Kuah
Alamat: Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon:+60 19-564 0251




Gemilang Holidays 
Agensi Perjalanan
Alamat: 62 Pusat Dagangan Kelana Mas, Kuah, 07000, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon:+60 4-966 8575



FlyFirefly Sdn. Bhd. @ Langkawi International Airport 
Agensi Perjalanan
Alamat: Langkawi International Airport, Padang Matsirat, 07100, Langkawi, 07100, Malaysia
Telefon:+60 4-955 9622

Friday, 11 November 2016

AKTIVITI MENARIK DI PULAU LANGKAWI


  • Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Jalan-jalan mengelilingi pantai, tapi di atas udara! Di Langkawi, Parasailing boleh dilakukan di dua lokasi, iaitu di Pantai Cenang dan di Tanjung Rhu.


Langkawi Outpost | Source
Nikmati keindahan Langkawi dari atas udara. Anda boleh sewa heli dari Langkawi Outpost. Dengan tagline mereka, 'Langkawi As Never Seen Before' sememangnya menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Satu heli boleh memuatkan 4 orang, 1 pilot dan 3 passenger dengan bayaran sebanyak RM555 per ride.




  • Aktiviti lasak di Skytrex Langkawi


Skytrex Adventure Langkawi | Source
Di Malaysia, Skytrex mempunyai dua lokasi, satu di Shah Alam, dan satu lagi di Langkawi. Siapa suka aktiviti lasak memang wajib cuba yang ini. Tapi jangan risau, cabaran disana mempunyai level mengikut kemampuan anda, dari Little Legend Adventure (beginner), Eagle Thrill hingga ke Island Extreme. Berani kah?

  • Menunggang kenderaan lasak ATV di Oriental Village

Kenderaan lasak ATV | Source
Oriental Village merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana disana anda boleh membeli belah dan beriadah bersama keluarga. Antara aktiviti yang sangat menarik disini adalah menunggang kenderaan lasak ATV. 




  • Jacuzzi di Ayer Hangat Village


Jacuzzi di Ayer Hangat Village | Source
Nikmati air panas semulajadi Langkawi di Ayer Hangat Village. Menariknya, air panas di Langkawi berbeza dari air panas di tempat lain kerana air panas disini datangnya dari air masin, bukannya air tawar. Terdapat bilik khas yang disediakan untuk anda menikmati jacuzzi.




  • Nikmati sunset di Salt Water Jacuzzi Net

Salt Water Jacuzzi Net | Source
Ini adalah aktiviti yang paling Ayue nak buat. Naik cruise dan bersantai diatas salt water jacuzzi net di tengah lautan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Pakej yang disediakan oleh cruise ini termasuk makan malam BBQ. Menarik kan?

  • Snorkeling di Taman Marin, Pulau Payar



Snorkelling di Taman Marin, Pulau Payar | Source
Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di Pulau Payar adalah snorkelling. Pulau Payar terletak 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Disana anda akan mandi dan berenang bersama-sama dengan ikan berwarna-warni di sekeliling anda. Pada musim panas (Oktober hingga Februari), anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu.



  • Redah hutan dengan menunggang kuda di Island Horses



Island Horses | Source
Island Horses Langkawi terletak berdekatan dengan tapak kereta kabel Langkawi. Jika anda ingin meredah hutan dengan menunggang kuda dan menikmati pemandangan Air Terujun Telaga Tujuh, boleh lah ke Island Horses ni. Untuk yang sudah biasa menunggang kuda, anda boleh memilih pakej meredah hutan hingga ke Pantai Kok. Anda juga boleh memilih untuk hanya menunggang di tepi pantai.




  • Serlahkan kreativiti di Muzium 3D Langkawi


Muzium 3D Langkawi | Source
Muzium 3D Langkawi terletak di Oriental Village. Muzium ini bernama Art in Paradise dan mempunyai lebih 200 lukisan 3D. Koleksi yang dilakar oleh pelukis handalan Korea ini bukan saja merupakan antara koleksi paling besar di Malaysia, malah merupakan antara koleksi 3D terbesar di dunia! Jadi sediakan kamera dan power bank anda. Tangkap gambar sebanyak mungkin disini dan yang paling penting, be creative!

  • Berhibur di 6D Cinema


Cinema 6D Langkawi | Source
Cinema 6D ini juga terletak di Oriental Village. Ia terletak bersebelah dengan tiket kaunter kereta kabel. Jika anda seorang yang tidak berani menaiki roller coaster sebenar, inilah peluang anda untuk merasai perasaan sebenar menaiki roller coaster sekali dengan kesan angin dan air.

TEMPAT PENGINAPAN DI PULAU LANGKAWI

Pantai Cenang Langkawi memang menjadi salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Keindahan pemandangan Pantai Cenang tak kalah dengan pantai pantai lain yang ada di Malaysia. Tak heran jika setiap harinya di Pantai Cenang dipunuhi dengan pengunjung, lebih-lebih lagi jika sudah tiba masanya bercuti sekolah. Banyak keluarga yang bercuti ke Pantai Cenang dengan mengajak anak mereka.
Hotel Murah di Pantai Cenang Langkawi
Seperti pada umumnya, setiap ada tempat menarik, di situ juga disediakan hotel dan penginapan. Begitu pula di Pantai Cenang ini yang boleh dengan mudah anda dapati hotel dan penginapan. Kebanyakan penginapan di dekat Pantai Cenang ini berbentuk Motel. Motel di sini layaknya rumah biasa yang disewa, sehingga jumlah bilik yang disediakan biasanya tidak sebanyak hotel pada umumnya. Namun untuk urusan harga, motel memang jauh lebih murah.
Di Pantai Cenang sendiri ada cukup banyak hotel yang boleh anda sewa sebagai tempat tinggal bersama keluarga semasa cuti. Di sini terdapat hotel mulai dari hotel 1 bintang hingga hotel 5 bintang.  Untuk hotel 4 bintang kami belum menemuinya di sekitar Pantai Cenang. Namun untuk saat ini, yang akan kami infokan untuk anda adalah hotel di Pantai Cenang yang menawarkan harga murah. Hotel murah di Pantai Cenang biasanya ditawarkan oleh hotel 1 bintang dan hotel 2 bintang. Hotel murah yang dimaksudkan di sini adalah hotel yang menawarkan harga di bawah RM100. Ya, kami telah mengumpulkan beberapa hotel di berhampiran Pantai Cenang Langkawi yang menawarkan harga di bawah RM100.
Berikut adalah senarai hotel murah di Pantai Cenang Langkawi mulai harga RM40.



Chenang Lodge Motel

Chenang Lodge Motel
Hotel 1 Bintang
Lot 1225, Lorong Surau Jalan Madrasah 07000 Langkawi Kedah , Pantai Cenang, Langkawi
Jumlah bilik 15
Wifi Percuma Wifi Percuma
RM 45



Izz Room Motel

Izz Room Motel

Hotel 1 Bintang
No 25, Kg, Pantai Cenang, Langkawi
Jumlah bilik 8
RM 53




Desa Motel

Desa Motel
Hotel 2 Bintang
No 79, Jalan Pantai Tengah, Pantai Cenang, Langkawi
Jumlah bilik 9
Wifi Percuma Wifi Percuma
RM 65




The Cottage Langkawi

The Cottage Langkawi
Hotel 1 Bintang
No 8, Kampung Haji Saad, Jalan Pantai Chenang, Pantai Cenang, Langkawi
Jumlah bilik 3
Wifi Percuma Wifi Percuma
RM 73



Sweet Inn Motel

Sweet Inn Motel
Hotel 1 Bintang
 Lot 792 Pantai Chenang, Mukim Kedawang , Pantai Cenang, Langkawi

Jumlah bilik 20
Wifi Percuma Wifi Percuma
RM 82

MAKANAN MENARIK DI PULAU LANGKAWI

  • LAKSA POWER

  • (Jalan dari Airport Langkawi ke Pantai Cenang Langkawi )

Lokasinya amat strategik kerana terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke pantai Cenang Langkawi. Laksa power ni memang power habis dan sangat sedap. Memang kami rekomen pada anda yang mahukan makanan asli Langkawi. Selain laksa, disini juga ada jual cendol, bihun sup, rojak petis, rojak singapura dan juga air minuman. Harganya amat berpatutan dari RM3 ke atas.






  • RESTORAN WAN THAI

  • (pekan Kuah Langkawi )

 Tatkala kami masuk ke dalam restoran Wan Thai ini, memang terasa aura ‘thai’ dan sangat authentic. Menu yang disediakan adalah makanan thai yang sangat sedap. Anda perlu cuba otak-otak Wan Thai ini kerana memang penuh dengan udang, isi ketam, ayam dan kerang dan rasanya amat unik. Selain itu ada juga pencuci mulut, masakan signature yang lain. Kapasitinya pula boleh memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa. Best!
Tel: +6 (0)4 – 9661214
wanthairestoran@bluehyppo.com
Waktu Operasi : Setiap hari
11am -15pm & 6.30pm -10pm
Harga
Signature dishes RM 18-25
Makanan Laut Rm12-15
Sayur RM10
Nasi & Mee Rm9
Ikan RM6-7/100gram
Pencuci Mulut RM3-10





  • ISLANDISH SEAFOOD RESTAURANT

  • ( Pantai Cenang Langkawi )

Restoran yang terletak di pantai Cenang ini menyediakan menu seafood dan juga udang galah yang segar. Harganya agak murah berbanding restoran Orkid Ria dimana kalau di Orkid Ria harga udang galah adalah di antara RM17-Rm18 per 100gram manakala di sini hanya RM13 per 100gram. Berat udang galah pula adalah 500gram-1kg untuk seekor jadi anggaran harganya pula adalah RM50 ke atas. Selain tu ada ketam hidup, dan makanan laut lain. Cara masakannya pula anda boleh pilih sama ada mahukan makanan ala Thai atau Chinese style.

Lokasi No. 8, Kampung Tanjung Mali Mukim Kedawang 07000 Langkawi,  ( depan Mali Perdana Resort ) Tel 04- 9555528





  • JAI ISLAND CAFE

  • ( pekan Kuah Langkawi )

Jai Island Cafe ini terletak pekan Kuah dan dibuka dari petang hingga larut malam. Disini juga ada menu masakan kampung, thai, tempatan dan juga western. Ambiencenya juga best dan selesa. Kami cadangkan bagi anda yang mahu mencuba Jai Island Cafe ini, try makanan westernya seperti lambchop, signature chicken chop dan juga burgernya. Sedap!
Lokasi : Kuah Riverside 07000 Langkawi, Tel 04 966694