Friday, 11 November 2016

MAKANAN MENARIK DI PULAU LANGKAWI

  • LAKSA POWER

  • (Jalan dari Airport Langkawi ke Pantai Cenang Langkawi )

Lokasinya amat strategik kerana terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke pantai Cenang Langkawi. Laksa power ni memang power habis dan sangat sedap. Memang kami rekomen pada anda yang mahukan makanan asli Langkawi. Selain laksa, disini juga ada jual cendol, bihun sup, rojak petis, rojak singapura dan juga air minuman. Harganya amat berpatutan dari RM3 ke atas.






  • RESTORAN WAN THAI

  • (pekan Kuah Langkawi )

 Tatkala kami masuk ke dalam restoran Wan Thai ini, memang terasa aura ‘thai’ dan sangat authentic. Menu yang disediakan adalah makanan thai yang sangat sedap. Anda perlu cuba otak-otak Wan Thai ini kerana memang penuh dengan udang, isi ketam, ayam dan kerang dan rasanya amat unik. Selain itu ada juga pencuci mulut, masakan signature yang lain. Kapasitinya pula boleh memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa. Best!
Tel: +6 (0)4 – 9661214
wanthairestoran@bluehyppo.com
Waktu Operasi : Setiap hari
11am -15pm & 6.30pm -10pm
Harga
Signature dishes RM 18-25
Makanan Laut Rm12-15
Sayur RM10
Nasi & Mee Rm9
Ikan RM6-7/100gram
Pencuci Mulut RM3-10





  • ISLANDISH SEAFOOD RESTAURANT

  • ( Pantai Cenang Langkawi )

Restoran yang terletak di pantai Cenang ini menyediakan menu seafood dan juga udang galah yang segar. Harganya agak murah berbanding restoran Orkid Ria dimana kalau di Orkid Ria harga udang galah adalah di antara RM17-Rm18 per 100gram manakala di sini hanya RM13 per 100gram. Berat udang galah pula adalah 500gram-1kg untuk seekor jadi anggaran harganya pula adalah RM50 ke atas. Selain tu ada ketam hidup, dan makanan laut lain. Cara masakannya pula anda boleh pilih sama ada mahukan makanan ala Thai atau Chinese style.

Lokasi No. 8, Kampung Tanjung Mali Mukim Kedawang 07000 Langkawi,  ( depan Mali Perdana Resort ) Tel 04- 9555528





  • JAI ISLAND CAFE

  • ( pekan Kuah Langkawi )

Jai Island Cafe ini terletak pekan Kuah dan dibuka dari petang hingga larut malam. Disini juga ada menu masakan kampung, thai, tempatan dan juga western. Ambiencenya juga best dan selesa. Kami cadangkan bagi anda yang mahu mencuba Jai Island Cafe ini, try makanan westernya seperti lambchop, signature chicken chop dan juga burgernya. Sedap!
Lokasi : Kuah Riverside 07000 Langkawi, Tel 04 966694

No comments:

Post a Comment